Monday, October 14, 2013

Mengenal pokok bunga kertas


Indah bunyinya 'Bougainvillea'. Seindah bunganya sebaik mata memandang. Bunga ini sangat popular di Malaysia dan menjadi pilihan kaki bunga kerana mudah ditanam dan dijaga. Pokok ini juga lasak dari ancaman penyakit dan serangga. Bunga ini turut dikenali dengan nama bunga kertas, disebabkan bunganya senipis kertas.

Pokok ini dikatakan berasal dari Brazil dan sekitar benua Amerika Selatan. Terdapat sehingga 250 spesies bunga kertas. Kelopak bunganya berbagai warna. Makin menarik jika dilakukan kacukan. Dapat dilihat nanti bunga pokok kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna.

Penggemar pokok bunga kertas yang kreatif dapat menghasilkan pokok bonsai dari "bougainvillea" ini. Sebahagian akarnya boleh dipamerkan (timbul) menjadikannya lebih estetika dengan padanan pasu yang unik.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...