Pokok bunga kertas adalah kategori tanaman hiasan. Sesuai ditanam di Malaysia kerana iklim dan cuacanya sesuai untuk penanaman tumbuhan hiasan ini. 'Bougainvillea' boleh ditemui sehingga 250 spesies. Penggemar pokok bunga kertas menjadikan hobi menanam pelbagai warna pokok bunga kertas.
Dari segi penjagaan, 'bougainvillea' sangat mudah dijaga. Pokoknya lasak dan jarang diganggu serangga perosak. Untuk menggalakkan ia berbunga hanya pamerkan pada cahaya matahari dan penggunaan baja yang sesuai.
Masalah penggunaan tanah
Bougainvillea dibiakkan melalui penyemaian keratan batang. Keratan batang induk kebiasaannya bersaiz lilitan sekurang-kurangnya sebesar pensel dan panjangnya sejengkal atau lebih (lagi baik). Pemilihan tanah sangat penting supaya bougainvillea subur dan berbunga lebat. Biasanya menggunakan jenis tanah bakar dan tanah campuran dengan nisbah 1:1. Sesetengah penanam bougainvillea yang inginkan tanah menyimpan kandungan air yang lebih akan menggunakan jenis tanah bakar dan tanah campuran dengan nisbah 1:2 atau 1:3. Penggunaan tanah top soil harus diberi perhatian. Tidak semua tanah di sekitar rumah kita yang berwarna kuning seakan-akan top soil itu baik untuk bougainvillea. Jika tanah tersebut memiliki kandungan kapur yang tinggi boleh menyebabkan bougainvillea kurang subur dan tidak berbunga langsung.

Pokok bunga kertas tidak memerlukan air yang banyak terutamanya untuk tanaman di dalam pasu. Disebabkan fakta inilah, ia menjadi masalah dan cabaran bagi penanam dan penjual pokok bunga kertas. Jika cuaca hujan yang luar biasa dan berpanjangan, ia boleh menyebabkan lebihan air. Pokok-pokok muda dengan akar baru akan mudah rosak dalam situasi begini. Penjual dan pengedar pokok bunga kertas terpaksa meletakkan bumbung transparen (plastik transparen sudah mencukupi) untuk melindungi tanaman mudanya dari ancaman air berlebihan. Bougainvillea yang baru ditanam perlu disiram air pada kadarnya yang sesuai, jangan sampai berlebihan hingga menjejaskan akar barunya.
Masalah ketika memindahkan pokok atau menukar pasu
Harus diberi perhatian bagi penggemar bougainvillea tentang langkah memindahkan pokok ini atau bertukar pasu. Kebiasaannya tidak menjadi masalah tetapi jangan sesekali memindahkan atau bertukar pasu ketika tanahnya berair atau lembab. Jika tertanggal tanah pada akarnya maka risiko bougainvillea akan mati adalah tinggi. Biasanya kita bertukar pasu ketika tanah kering bagi mengurangkan tanah yang gebu tersebut terlerai daripada akarnya.
Masalah baja berlebihan
Selalu timbul masalah baja berlebihan bagi mereka yang memulakan hobi menanam bougainvillea. Pada peringkat awal tidak dapat dinafikan penggemar bougainvillea teruja menjaga pokok ini. Kita harus meneliti dan mendapatkan maklumat tatacara rutin pembajaan yang tepat dari penjual atau pengedar baju. Jangan malu bertanya untuk mendapatkan kepastian. Bougainvillea yang dibajakan secara berlebihan akan menyebabkan daun pokok tersebut berkerinting (buruk kedutnya) malah bunganya tidak mekar secara normal. Pilihlah baja yang sesuai seperti baja organik dan sebagainya.
Bougainvillea biasanya cukup mudah mengeluarkan bunga. Namun ada ketikanya bunga tidak muncul seolah-olah merajuk. Mungkin tanahnya telah menjadi keras setelah sekian lama dan tiada pengaliran udara. Apa yang perlu dilakukan adalah menggemburkan tanah tersebut. Lakukan rutin menggembur tanah mengikut kesesuaian agar bunga bougainvillea tidak putus-putus menghiasi taman anda.
Bunga bougainvillea tidak muncul mungkin disebabkan pokok tersebut terlindung daripada pancaran matahari. Elak meletakkan bougainvillea di bawah pokok besar yang lain sehingga ia tidak mendapat pancaran matahari secukupnya. Tidak perlu bimbang meletakkan bougainvillea di laman atau padang yang menerima panas terik. Sememangnya di situlah tempat bougainvillea wajar diletakkan. Sirami air bilamana daun dan bunganya layu. Bougainvillea mampu bertahan dan sangat lasak pada cuaca panas.
Harus diberi perhatian bagi penggemar bougainvillea tentang langkah memindahkan pokok ini atau bertukar pasu. Kebiasaannya tidak menjadi masalah tetapi jangan sesekali memindahkan atau bertukar pasu ketika tanahnya berair atau lembab. Jika tertanggal tanah pada akarnya maka risiko bougainvillea akan mati adalah tinggi. Biasanya kita bertukar pasu ketika tanah kering bagi mengurangkan tanah yang gebu tersebut terlerai daripada akarnya.
Masalah baja berlebihan
Selalu timbul masalah baja berlebihan bagi mereka yang memulakan hobi menanam bougainvillea. Pada peringkat awal tidak dapat dinafikan penggemar bougainvillea teruja menjaga pokok ini. Kita harus meneliti dan mendapatkan maklumat tatacara rutin pembajaan yang tepat dari penjual atau pengedar baju. Jangan malu bertanya untuk mendapatkan kepastian. Bougainvillea yang dibajakan secara berlebihan akan menyebabkan daun pokok tersebut berkerinting (buruk kedutnya) malah bunganya tidak mekar secara normal. Pilihlah baja yang sesuai seperti baja organik dan sebagainya.
Daun berkerinting
Masalah tanah keras dan tiada pengaliran udaraBougainvillea biasanya cukup mudah mengeluarkan bunga. Namun ada ketikanya bunga tidak muncul seolah-olah merajuk. Mungkin tanahnya telah menjadi keras setelah sekian lama dan tiada pengaliran udara. Apa yang perlu dilakukan adalah menggemburkan tanah tersebut. Lakukan rutin menggembur tanah mengikut kesesuaian agar bunga bougainvillea tidak putus-putus menghiasi taman anda.
Tanah keras dan pengudaraan yang kurang baik
Masalah bunga tidak muncul Bunga bougainvillea tidak muncul mungkin disebabkan pokok tersebut terlindung daripada pancaran matahari. Elak meletakkan bougainvillea di bawah pokok besar yang lain sehingga ia tidak mendapat pancaran matahari secukupnya. Tidak perlu bimbang meletakkan bougainvillea di laman atau padang yang menerima panas terik. Sememangnya di situlah tempat bougainvillea wajar diletakkan. Sirami air bilamana daun dan bunganya layu. Bougainvillea mampu bertahan dan sangat lasak pada cuaca panas.
Terlindung cahaya, bunga tak muncul
Bunga juga tidak muncul atau digelar 'kaya daun sahaja' jika tanah pada akar bougainvillea ditutupi pokok lain. Elak meletakkan pasu pokok lain atau batu bata pada tanah yang menyimpan akar bougainvillea. Sepatutnya tanah yang menyimpan akar bougainvillea terdedah pada cahaya matahari agar tanah tersebut kering dan sekadar menyimpan sedikit air bagi keperluan bougainvillea tersebut.
Kaya Daun
Bougainvillea kurang berbunga atau langsung tidak berbunga mungkin juga disebabkan kadar siraman air yang terlalu kerap. Tanah pokok tersebut sepanjang masa menyimpan air berlebihan. Memang pokok yang matang tidak akan mati disebabkan air berlebihan tapi boleh mengakibatkan pokok tersebut tidak mengeluarkan bunga. Peganglah pada kata-kata ini 'Bougainvillea sukakan pancaran matahari dan keadaan kering, ketika itulah bunganya muncul berseri-seri dan lebat'
8 comments:
Betol mmg menawan. Kecik je..tp byk bunger u. Geramm tgk
mmg geram kalu tgk pokok yg penuh bunga sehingga tersorok semua daun yg ada
Oh ptutla pokok saya xda bunga..saya pi tanam pokok keladi dlm pasu dia..dah tu siram byk sgt
X ckp awl awl
Ya tak yer laaa..baruu saya tahu sekarangg.patutlh bunga kertas saya jarang berbunga..GOOD INFO.WOUW
Pkok bnga sy byk daun..kerap sgt siram..Sbb xtw..haha..Tq info..
Pokok bougenvilla sy..daun nye jd kerinting dan gugur.mgkin terlebih baja..huhu..
Tq info yg sgt berguna
Lovely post
Post a Comment