Sunday, October 16, 2011

Kriket 2011 semakin manis

 

Ini bukan manis gula. Tapi manis satu pengalaman yang pasti menjadi sebahagian sejarah. Masih lagi berlegar cerita kriket di komuniti kecil tempat aku bermastautin.

Apa yang aku maksudkan ialah team cricket yang aku latih telah menyertai Pertandingan Kriket Ria MSSD Petaling Perdana yang berlangsung di SK Dato' Onn Jaafar, USJ 15. Pertandingan berlangsung selama 3 hari termasuk latihan pusat.

Datang sebagai sebuah pasukan yang membawa nama Kriket Ria SKTAM, ini adalah penyertaan kali ke-4 sejak tahun 2008. Dan kami menggalas harapan besar selaku juara bertahan selepas menjuarainya pada tahun 2010. Dari dari segi pemilihan pemain, hanya seorang sahaja pemain yang pernah bermain dalam pertandingan yang sama ketika menjuarai pertandingan tahun lalu.

Sudah tentu ia menjadi cabaran getir dalam memilih dan melatih pemain kerana permainan kriket begitu asing bagi komuniti masyarakat di sini. Selepas melalui saringaan seperti ujian kecergasan, teknik bowling dan batting, pemerhatian bakat pemain dan taktikal fielding. Maka senarai akhir 10 pemain dimuktamatkan. Atas kesedaran untuk mempertahankan gelaran kami mengambil inisiatif mengadakan latihan awal berkala, penerapan disiplin ketat tapi muhibah dan mengadakan perlawanan persabahatan dengan pemain senior nyata berbaloi dan membawa tuah.

Biarpun bersaiz ceding (kecil) berbanding pasukan-pasukan lain namun itu tidak melunturkan semangat pemain Kriket Ria SKTAM yang rata-rata dalam lingkungan umur 9 dan 10 tahun.  Sejak perlawanan pertama lagi pasukan kami mencipta kemenangan dengan jurang agregat (runs) yang besar sehingga ke perlawanan terakhir. Alhamdulillah pasukan kami melakarkan kemenangan dalam semua perlawanan. Pemenang ditentukan secara liga iaitu pasukan yang mengumpulkan mata kemenangan tertinggi akan dinobatkan sebagai johan dan begitulah berikutnya.

Selain menjadi johan berpasukan, Kriket Ria SKTAM juga menyapu bersih empat anugerah individu seperti pemain terbaik keseluruhan, penjaga wiket terbaik, pembaling terbaik dan pemukul terbaik. Semua yang terlibat terutamanya pemain merasa bangga dan puas kerana penat lelah mereka menghasilkan kejayaan bermakna. Semoga sukan kriket terus berkembang dan menarik minat pemain muda di bangku sekolah. Tidak mustahil suatu hari nanti nama Malaysia mampu berdiri setanding pasukan gergasi dunia bagi permainan kriket seperti negara-negara asia selatan.

Anda juga boleh mendapatkan laporan pertandingan tersebut di sini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...