Sunday, July 17, 2011

Produk Tasly dan kesan positif siri 2

Susulan mencuba produk Tasly lebih sebulan yang lepas, aku plan untuk membuat ujian darah. Sengaja nak lihat tahap kesihatan diri berdasarkan ujian darah. Kalu rancang dengan baik,  aku sepatutnya membuat ujian darah terlebih dahulu sebelum mengambil produk kesihatan Tasly. Barulah boleh membanding tahap kasihatan sebelum dan selepas mencuba produk ini. Tapi apa boleh buat, semuanya tak dirancang. Ia berlaku kebetulan apabila terdetik untuk mencuba produk ini setelah diperkenalkan oleh ejennya seperti dalam artikel sebelum ini.

Alang-alang dah mencuba 3 jenis ubat dari produk Tasly, aku telah hadirkan diri untuk membuat pemeriksaan ujian darah dan air kencing. Ujian darah dan air kencing tersebut dijalankan di sebuah klinik di Shah Alam sebelum sampel berkenaan dihantar ke makmal.

Memang aku tahu prosedur sebelum menjalani ujian darah iaitu perlu berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam. Mulai 12 tgh malam sebelum hari aku menjalani ujian darah berkenaan, aku dah stop makan dan minum sampai la selesai ujian darah jam 11.30 pagi. Kebetulan ramai pulak pesakit kat klinik tu. Tiba jam 10 pagi, jam 11.30 baru dapat bertemu doktor untuk tujuan tersebut. Mula-mula tekanan darah diambil, pastu sampel darah dan kemudian sambil berbual-bual dengan doktor tentang penjagaan kesihatan. Last sekali aku dibekalkan botol untuk sampel air kencing lalu ke toilet. Selesai buang air kecil dan dibotolkan maka aku letakkan kat kaunter. Alhamdulillah, selesai ujian cuma hati ni berdebar-debar tentang keputusannya.

Esoknya aku dapat dapat panggilan bahawa keputusan ujian darah dan air kencing dah siap dan boleh diambil di klinik. Cepatnya...

2 hari kemudian barulah aku dapat mengambil keputusan ujian tersebut. Bukan apa, berapa kali tah aku pergi klinik tu tapi setiap kali juga klinik tersebut penuh dengan pesakit yang berhajat mendapatkan rawatan.
Memang tersohor klinik ni sejak aku bermastautin di kawasan tersebut 11 tahun lalu.
Jumpa saja doktor, dia kata result ujian darah aku adalah cukup baik dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Doktor terangkan maklumat keputusan tersebut hampir 15 minit. Cuma aku perlu mengambil ujian air kencing sekali lagi. Katanya air kencing tu kotor dan disyaki ada virus. Aku cuma senyum saja sebab dah banyak kali ujian air kencing aku perlu melalui saringan kedua. Biasanya kena minum banyak air seterusnya kencing terlebih dahulu sebelum mengambil ujian air kencing. Petang tu memang aku dah minum banyak air dan dah kencing berkali-kali. Hasilnya ujian kedua air kencing aku adalah normal dan tiada jangkitan.

Dalam pada tu, aku berbual dengan doktor tentang result ujian darah tu. Katanya tiada apa yang perlu dibimbangkan, semuanya ok dan result tu baik katanya kerana hampir semua sub ujian yang dijalankan adalah paras kawalan (hasil ujian). Lega aku. TQ doktor kerana luangkan masa berbual.

Balik rumah dengan senang hati. Syukur. Apapun kesihatan perlu dijaga berterusan. Selalulah ingat bahawa "mencegah itu lebih baik daripada berubat".

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...