Monday, April 7, 2008

'Buaya darat' ditemui di Brazil


(Gambar model buaya prasejarah, hasil kajian di Brazil)

SAO PAULO 1 Feb. - Fosil seekor reptilia yang didakwa sebagai buaya yang hidup di darat dan merupakan "spesies penghubung yang hilang" antara buaya purba dengan buaya moden dipamerkan buat julung kalinya kepada orang ramai di sini.

Ia dinamakan Montealtosuchus arrudacamposi dan disifatkan sebagai buaya yang sangat tangkas dan hidup di kawasan panas dan gersang di Brazil semasa Zaman Batu Kapur.

Menurut ahli paleontologi, Felipe Mesquita de Vasconcellos, fosil reptilia pemangsa berusia 80 juta tahun sepanjang 1.7 meter itu ditemui di bandar Monte Alto pada tahun 2004, kira-kira 350 kilometer dari barat laut Sao Paulo.

"Sebagai penghubung yang hilang kepada buaya zaman purba, ia memberikan peluang besar untuk mengkaji perubahan evolusi pada haiwan ini," katanya dalam perbualan telefon selepas membentangkan penemuan itu di Universiti Persekutuan Rio de Janeiro.

Perincian mengenai penemuan itu telah diterbitkan dalam jurnal saintifik Zootaxa yang berpangkalan di New Zealand pada Oktober tahun lalu.

"Ia mempunyai bentuk yang turut ada pada buaya zaman silam dan yang wujud pada hari ini. Kurator paleontologi di Muzium Sejarah Alam Semulajadi Cleveland, Michael J. Ryan berkata, penemuan itu mungkin satu kejayaan besar kerana tiada banyak bukti buaya yang hidup di darat dan contoh dari Brazil ini mungkin penghubung yang hilang dalam kepelbagaian evolusi buaya.

Dua tahun lalu, ahli paleontologi dari universiti yang sama turut mengumumkan penemuan fosil buaya zaman prasejarah yang dipanggil Uberabasuchus Terrificus.

Ia didakwa hidup pada 70 juta tahun lampau dan bersaiz lebih kecil dari buaya hari ini dengan kepanjangan tiga meter dan berat 300 kilogram. - AP

1 comments:

Anonymous said...

Tulisan artikel di blog Anda bagus-bagus. Agar lebih bermanfaat lagi, Anda bisa lebih mempromosikan dan mempopulerkan artikel Anda di infoGue.com ke semua pembaca di seluruh Indonesia. Salam Blogger!
http://www.infogue.com/
http://www.infogue.com/pengetahuan_umum/_buaya_darat_ditemui_di_brazil/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...